Uji Bakat Pertandingan Miss Talent International 2018 Kini Dibuka
Beauty Pageant News

Uji Bakat Pertandingan Miss Talent International 2018 Kini Dibuka – Bernama Malay

Bernama MalayMarch 10, 2018

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) — Uji bakat Pertandingan Miss Talent International 2018 kini dibuka kepada rakyat Malaysia, dengan pertandingan menawarkan wang tunai dan hadiah bernilai RM200,000.

Pemegang lesen bagi pertandingan itu, 28Mall.com, berkata, pemenang akan mewakili Malaysia dalam pertandingan antarabangsa di Hong Kong pada Mei, kata syarikat, e1Net Sdn Bhd, dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Fione Tan, pengasas 28Mall.com dan pengerusi penganjur Pertandingan Miss Talent International Malaysia 2018 berkata pertandingan itu bertujuan untuk memperkenalkan bakat wanita Malaysia kepada dunia.

“Ini bukan satu lagi pertandingan ratu cantik kerana kami memberi tumpuan kepada bakat dan kecekapan dalam media sosial peserta supaya pemenang boleh menjadi duta media sosial dan boleh menjadi orang yang dapat mempengaruhi untuk 28Mall dan jenama dan penaja kami,” katanya.

Beliau berkata acara utama pertandingan itu ialah pengenalan Anugerah Miss Sosial Media Malaysia yang julung kali diadakan…..

 

Uji Bakat Pertandingan Miss Talent International 2018 Kini Dibuka
Uji Bakat Pertandingan Miss Talent International 2018 Kini Dibuka
Please follow and like us:

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *